Pages

Monday, 3 December 2012

UJIAN ITU TARBIAH DARINYA

Bismillahirrahmanirahim.

Segala puji atas segala nikmat yang Allah berikan pada kita semua terutama atas nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan umat, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabiin.

Dengan izin Allah kita masih mampu untuk bernafas. Tidak akan mampu kita bernafas kecuali dengan izinNya. Allah, begitu lemah hamba ini~Ku pohon ampun atas segala dosa..

Hari ini ingin dikongsi tentang kisah Nabi Ayyub AS yang diuji dengan penyakit yang dipetik dr buku 'Kisah Para Nabi dan Rasul' bahagian 2.

Didalam buku ini mengisahkan mengenai kisah Nabi Ayyub AS yang merupakan seorang lelaki yang pandai,bersih, sopan serta bijaksana. Ayah baginda merupakan seorang yang kaya dan ketika ayah baginda meninggal dunia, ayah baginda telah mewariskan seluruh kekayaan kepada Nabi Ayyub AS.
Dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Nabi Ayyub, hatinya bersyukur atas segala nikmat yang serta lidahnya tidak lupa berzikir kepada Allah.

Maka iblis dengki kepadanya seraya berkata:
" Sungguh Ayyub telah berhasil di dunia dan di akhirat, dan iblis ingin merosak salah satu atau kedua-duanya;dunia dan akhirat tersebut.

Lalu iblis terkutuk, di saat itu naik ke langit yang ketujuh dan berhenti di mana dia dapat sampai, maka Allah telah berfirman kepadanya; ''Hai iblis terkutuk, bagaimana engkau melihat hamba-Ku Ayyub/ Apakah engkau dapat mengambil daripadanya manfaat walaupun sedikit?"

Kata iblis: "Tuhanku, sesungguhnya Ayub mahu menyembahMu kerana Engkau telah memberinya kelapangan hidup( harta yang berlimpah) dan kesihatan; kalaulah tidak kerana hal itu tentu dia tidak menyembahMu, maka dia sebenarnya hamba kesihatan."


....bersambung di masa akan datang

Saturday, 17 November 2012

Letakkan Pergantungan pada Dia

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan umat, Rasulullah SAW, keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabi'in serta seluruh umat Islam.

Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas limpahan kurnia nikmat iman dan Islam. Semoga kita terus ditetapkan hati untuk terus berada di jalan yang diredhai dan dirahmatiNya dan  tersu istiqamah. Istiqamah bukan perkara mudah, hati perlu diluntur untuk istiqamah..:)

Allahuakbar, di kala umat Islam di seluruh dunia sedang sibuk membuat persiapan membaca doa akhir tahun dan awal tahun, kita dikejutkan dengan berita yang sangat menyayat hati. Saudara kita di Gaza, Palestin telah diserang oleh pihak Israel laknatullah. Menurut Ayman Sahabani,Doktor di hospital Shifa, seorang hamba Allah yang bernama Ahmed Al-Jabari telah syahid bersama dua lagi anak lelakinya. Pemandunya pula hanya cedera ringan.


Tentera udara Israel telah menembak tepat kereta yang dinaikinya dalam kejadian tersebut. Berikut adalah video yang menunjukkan serangan yang dibuat ke atas Ahmed Al-Jabari:



Dapat kita lihat disini begitu jelas bahawa Israel begitu mensasarkan beliau. Beliau merupakan ketua sayap tentera Hamas.

Ayuh, saudaraku bersama-sama kita doakan agar saudara kita disana dapat bertahan,bantulah mereka walau hanya dengan doa dan qunut nazilah dari kita.Ayuh, kita letakkan pergantungan diri kita pda Allah. Sesungguhnya Dia lah sebaik-baik perancang. Jangan berangan nak menang jika solat dan amalan kita entah ke mana. 

Wallahua'lam..muhasabah diri bersama~

Wednesday, 14 November 2012

Sapaan yang tak mampu dibalas..


Dia sahabat karibku saat di bangku sekolah rendah. Kami sentiasa bermain bersama, bergurau senda dan berborak. Pendek kata kami memang kamceng la. Cuma dia kehilangan ibu semasa dia berumur 1 tahun. Dia tidak dapat mengingati detik-detik indah bersama arwah ibunya. Sikit pun dia tidak dapat mengingatinya. Yelah usianya sangat muda tika itu. Terkadang dia meluahkan iri hatinya melihat diriku yang mempunyai ibu sebagai tempat bermanja dan mengadu. Sedangkan dirinya tak berpeluang melakukannya.
               
                 “ Aku tak pernah berkesempatan mengucapkan kalimah ‘IBU’ kepada seseorang. Macam mana rasanya ek apabila menyebut perkataan itu? Dan aku tidak pernah mendengar seseorang menggelarkan dirinya ‘IBU’ memanggil aku. Bagaimana rasanya ye? Nak sangat..“
               
Begitulah luahan yang sesekali diadukan kepadaku. Aku kasihan melihat keadaannya itu. Walaupun berat mataku yang memandang, tapi sudah tentu lagi berat bahunya yang memikul.Aku tahu kasih-sayang seorang insan bernama ibu sangat penting disaat usia menginjak dewasa. Aku mempunyai ibu dan aku tahu betapa besar peranan ibu dalam hidupku. Apakan daya, Allah swt menjemput ibunya dalam nahas jalanraya. Ibunya pergi di saat dia baru nak mengenali dunia ini. Hinggalah ke hari ini, sesekali dia meluahkan kerinduannya kepada ibu walaupun sedah menjejak usia semakin matang.

Baru-baru ini kami terserempak di pasaraya di sekitar Taman Universiti, lantas dia mengajak bersembang minum. Dari riak wajahnya terpancar kegembiraan dan seolah-olah ingin memberitahu sesuatu yg sgt penting.

                “ Hajat aku selama ini diperkenankan….! ”

                “ Hajat kahwin ker? ” Aku tersenyum sambil tertawa sedikit.

                “ Ish ko nie. Aku serius nie.. ”

                “ Yelah2. Hajat yang mane? ”

                “ Ibuku menyapaku…” " Dia tersenyum manis melihatku "

                “ Biar betul? ”

                “ Betul..Dia menyapaku. Siap hantar sms lagi pada aku. Nah cuba tengok nie.. ”

               " TOLONG TOPUPKAN IBU RM50 KE NOMBOR INI. INI NOMBOR KAWAN
                 IBU, HP IBU HILANG, IBU ADA DI BALAI POLIS KERANA ADA URUSAN      
                 MUSTAHAK. JANGAN RISAU, SELESAI NANTI IBU TELEFON KAMU YE. IBU
                 SAYANG KAMU :) "

Hahaha. Berderai air mata kami ketawa sejurus membaca sms itu. Sms itu menipu dan dihantar oleh sang penipu untuk mendapatkan kredit percuma. Mungkin ada dah yang terkena.

“ Aku tahu sms itu menipu. Tapi ko tahu tak apa perasaan aku ketika membacanya? Aku terpaku dan teruja seketika. Hatiku sebak dan berombak. Terasa seolah-olah benar seorang Ibu menghubungiku dan menyapaku. Rasa kerinduanku terubat seketika oleh sms itu. Entah berapa kali aku mengulang-ngulang membaca kiriman tersebut sehingga menitis air mataku. Malah aku simpan hingga ke hari ini sms tersebut sebagai kenangan terindah “

“ Tapi kadang-kadang lucu juga, andai benar Ibu mengirim sms, telefon apa agaknya yang digunakan di alam barzakh. I-Phone 5? Nexus? Samsung Galaxy Note? Huhuhu. Sekian lama aku merinduinya, tak sangka tiba-tiba dia muncul meminta wang kredit “

Dan yang membuatku terkilan, aku tak pernah membalas sms dari ‘IBU’.


P/S : KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI IBU & ABAH, GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK BERBAKTI KEPADA MEREKA. BUATLAH MEREKA GEMBIRA DAN DOAKANLAH MEREKA DIREDHAI ALLAH. BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH WALAUPUN KADANGKALA ANDA JAUH HATI DENGAN SIKAP MEREKA. MEREKA KURNIAAN ALLAH YANG TIADA NILAI TARANYA. BAYANGKAN PERASAAN MEREKA YANG TIDAK MEMILIKI KESEMPATAN SEPERTI ANDA. SELAMAT BERCUTI KEPADA STUDENT UTM. GUNAKANLAH PELUANG BERCUTI DI RUMAH UNTUK BERBAKTI KEPADA IBU J




RENUNGAN :


Surah Luqman [31] : 14

“ Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) ”

Surah Al-Israa' [17] : 23

“ Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia “

Tuesday, 6 November 2012

Sekadar Renungan dan Peringatan Bersama


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sekadar perkongsian untuk saling mengingatkan sesama muslim. Kadangkala urusan seharian kita yang sibuk dan kadang-kadang terlalu sibuk telah menyebabkan kita secara tidak sedar melakukan perkara yang sia-sia. Saya pasti ramai yang sedar dan tahu akan perbuatan-perbuatan yang sia-sia yang jika dilakukan tidak akan mendapat apa-apa namun kita acapkali terlupa dan lalai akan perkara ini. Jangan dilupakan bahawa setiap perbuatan atau perlakuan yang kita lakukan pada hari ini kelak akan dipersoalkan dan dipertanggugjawabkan keatas kita. Secara hakikatnya ada banyak perkara yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan sia-sia, namun 10 antara perbuatan yang jika dikerjakan menjadi sia-sia adalah :
1.            Mereka yang membaca al-Quran namun bacaannya tidak mengikut tertib dan tajwid. Beramal haruslah disertai dengan ilmu, amal yang dilaksanakan tanpa mempunyai ilmu mengenainya adalah sia-sia ibarat pokok yang tidak mengeluarkan buah. Pelajarilah ilmu tajwid supaya kita dapat membaca al-Quran dengan tertib dan tartil.
2.            Lelaki yang masuk dan kemudian keluar semula dari masjid tanpa dilaksanakan solat sunat tahiyyatul masjid. Seeloknya laksanakanlah solat sunat tahiyyatul masjid sebelum duduk kerana akan mendapat pahala disisi-Nya, inshaAllah.
3.            Pemuda yang tidak memanfaatkan masa mudanya untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat antaranya seperti menuntut ilmu sebanyak mungkin untuk disebarkan kepada keluarganya kelak dan seterusnya kepada masyarakat. Jika sudah tua, kudratnya sudah tidak seperti zaman muda, maka sukar baginya untuk pergi keluar  dan bermusafir untuk menuntut ilmu.
4.            Mereka yang berdoa hanya untuk dirinya sendiri tanpa mendoakan kesejahteraan orang lain terutama doa untuk kedua-dua orang tuanya kerana, disebabkan kasih sayangnyalah kita berada di tahap sekarang  kita berada. Wajib bagi seorang anak mendoakan ibu bapa mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling berjasa dalam hidup.
5.            Mereka yang tidak bertegur sapa dengan jiran disebelah rumahnya sehingga tidak tahu jirannya berada dalam keadaan lapar tetapi mereka sedang memasak makanan yang banyak sehingga berada dalam kekenyangan.
6.            Mereka yang melalui tanah perkuburan tetapi tidak memberi salam dan mendoakan kesejahteraan ahli kubur. Sunat bagi kita member salam kepada ahli kubur kerana kelak kita pula yang akan menemui kematian.
7.            Pemuda yang masuk kemudian keluar dari sebuah kota pada hari jumaat tanpa melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah. Solat Jumaat adalah wajib bagi seorang lelaki walau dimana pun mereka berada.
8.            Lelaki yang mengundang orang untuk berkunjung ke rumahnya namun tidak memuliakan tetamunya serta tidak melayani tetamunya dengan layanan yang sebaiknya, hanya sekadar acuh tidak acuh sahaja.
9.            Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling bertanya perihal atau tidak prihatin akan keadaan masing-masing serta keluarganya.
10.        Mereka yang tinggal di suatu kawasan petempatan dengan seorang ulama namun tidak menggunakan kesempatan tersebut untuk mempelajari ilmu daripada ulama tersebut.
Semoga kita semua dapat beramal dengan perbuatan-perbuatan yang baik yang dapat memberi faedah bukan sahaja kepada diri kita sahaja, tetapi kepada orang lain juga, inshaAllah. Sekian sahaja dari saya yang serba kekurangan.
Wallahualam..

Monday, 5 November 2012

Sharing (Hedonisme)...myMetro:Hiburan Islam Didik Jiwa

ISLAM adalah agama yang sempurna dan lengkap merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Islam juga meraikan kepelbagaian fitrah manusia serta menolak sesuatu yang menjauhi fitrah manusia.
Begitu juga halnya apabila berbicara soal hiburan dalam kehidupan kerana hakikatnya fitrah manusia memerlukan hiburan. 

Sebagai bukti, ia boleh dilihat dalam sebuah hadis yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW tidak menolak hiburan. 

Daripada Aisyah RA, katanya: “Rasulullah SAW masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan) menyanyi-nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring di tempat baringku dan dipalingkan mukanya. 

“(Tiba-tiba) masuk Abu Bakar RA serta mengherdik saya dengan katanya ‘serunai (mizmar) syaitan’ di sisi Baginda SAW. Rasulullah SAW mengadap Abu Bakar seraya berkata: ‘Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa)’. Apabila keadaan Rasulullah SAW selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi, mereka pun berhenti menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Namun, yang dibimbangkan pada masa kini adalah budaya hiburan melampau yang menjauhkan manusia daripada pencipta-Nya. 

Ini yang disebutkan sebagai ‘Hedonisme’ — satu keadaan di mana kehidupan manusia dikuasai oleh hiburan yang melalaikan. 

Lebih menggusarkan, hedonisme umpama virus atau sel penyakit yang semakin merebak serta merosakkan kehidupan manusia, terutama jiwa anak remaja dari sehari ke sehari. 

Berbicara mengenai hedonisme, pastinya ia berkait rapat dengan penyakit virus ‘liberalisme’. Segala perkara diputuskan melalui akal manakala garis panduan agama dilihat sebagai ‘pengacau’ yang menghalang kebebasan. 

Hedonisme dan liberalisme menghentam budaya Islam di seluruh dunia. Kedua-dua virus ini menyerang secara halus mungkin tanpa kita sedari. 

Seperti contoh, pendokong ideologi liberalisme menggambarkan penutupan aurat sebagai kolot, merendah diri, dilihat sebagai lemah dan tidak berkarisma, manakala malu digambarkan sebagai ‘tak sporting’. 

Lebih biadap lagi, mereka memberi pelbagai gelaran sinis kepada individu yang cuba menegur dan memberi nasihat dengan pelbagai gelaran, termasuk ‘serbanitas’, ‘Taliban’ dan ‘ekstremis’. 

Liberalisme menggariskan prinsip bahawa manusia bebas melakukan apa saja. Secara halusnya, mereka digambarkan sebagai pejuang yang memperjuangkan hak yang sebenarnya mempunyai nas di dalam agama.
Semuanya mahu bebas, kononnya tidak mahu dikongkong. Katanya, hidup hanya sekali, kubur masing- masing, dosa pahala ditanggung sendiri. 

Realiti dunia zaman kini, semuanya berkehendakkan kepada hiburan. Seakan- akan menjadi adat, tidak berseri sesuatu majlis itu kalau tidak diselitkan dengan hiburan.
Malah, antara cara paling mudah menarik masyarakat ke majlis atau karnival adalah menyelitkan hiburan sepanjang atau di akhir program. 

Bersesak-sesaklah muda- mudi memenuhi majlis sambil menari dan melompat mengikut rentak hiburan yang melalaikan. 

Tiada lagi istilah halal haram apabila di dalam program berkenaan lelaki dan perempuan bebas bergaul.
Tidak kurang juga pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan pada hari hujan, siap menyediakan perkhidmatan kepada remaja. 

Hasilnya, lihatlah pada dada akhbar dan berita setiap hari. Berita seperti kes pembuangan anak, dadah dan bunuh diri di kalangan remaja seakan-akan menjadi santapan tetap kepada kita.
Namun, yang menghairankan, apabila keluar berita seperti ini, semua pihak seakan-akan kesal dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. 

Saya tertarik dengan ungkapan seorang ustaz di dalam blognya yang mengumpamakan hedonisme sebagai dadah yang meracuni hidup manusia. Hedonisme mencipta mimpi indah penggunanya hingga khayal di dalam dunia mereka sendiri. 

Penganjurnya pula diibaratkan sebagai pengedarnya yang tidak terjebak dengan ketagihan hedonisme. Mereka hanya memikirkan bagaimana memaksimumkan keuntungan perniagaan. 

Kerana itu Islam menggariskan panduan untuk berhibur. Bak lirik yang dinyanyikan kumpulan Raihan seketika dulu: “Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah. Hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah...” Matlamat hiburan dalam Islam adalah mencapai ketenangan dan kepuasan dalam acuan sederhana, positif serta tidak melampaui batas. Hiburan dalam Islam juga lebih kepada mendidik hati dan jiwa manusia serta tidak melampaui batas. 

Seperti kata Imam Ali RA yang mengumpamakan hiburan dalam hidup manusia sebagai garam dalam masakan. Cukup hanya digunakan sekadarnya. Jika berlebihan, rosaklah rasa masakan itu. 

Hiburan yang berlebihan menggelapkan hati dan membuat kita jauh daripada rahmat Allah. Namun akhir- akhir ini, kita sekurang-kurangnya mendapat sedikit penawar bagi merawat gejala hedonisme.
Rancangan TV keagamaan berbentuk program realiti televisyen seperti Imam Muda, Ustazah Pilihan, Akademi Al-Quran, dan Solehah semakin mendapat tempat di hati masyarakat. 

Sekurang-kurangnya dewasa ini kita mempunyai pilihan. Cuma pilihan itu terletak di tangan kita sendiri.
Saya juga melihat perkembangan baik sejak akhir-akhir ini di mana muda-mudi mula berjinak-jinak mendalami ilmu agama dengan memenuhi kuliah yang dipimpin tokoh agama. 

Ia seumpama fenomena baru dalam negara kita. Sebagai contoh, pernah berlaku kesesakan lalulintas di lebuh raya sekitar ibu kota akibat tempat meletak kenderaan yang penuh di dalam kawasan masjid.
Kerana itu, mereka terpaksa meletakkan kereta di tepi jalan lebuh raya semata-mata untuk menghadiri kuliah agama yang diadakan di masjid. 

Semua ini adalah perkara luar biasa kerana menggambarkan kesungguhan mereka menghadiri majlis agama.
Individu seperti ini yang dicari-cari masyarakat kita pada hari ini. Pendekatan sederhana yang mampu menarik minat muda-mudi untuk memenuhi segenap ruang di masjid, surau dan seumpamanya. 

Yang jelas, masyarakat kita sebenarnya dahagakan ilmu agama untuk menjawab setiap persoalan yang berlegar dalam kotak pemikiran. Cuma mungkin cara pendekatan yang kurang kreatif menjadikan masyarakat kurang berminat mengikuti kelas atau program agama. 

Semoga semakin hari, semakin lahir ikon atau contoh ikutan baik yang dapat mendampingi masyarakat kita hari ini. 

Diharapkan penganjuran program ke-Islaman ini mampu berkembang lebih baik lagi atau seiring dengan perkembangan dunia hiburan pada hari ini. 

Artikel ini disiarkan pada : 2011/12/18
 http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HiburanIslamdidikjiwa/Article/index_html

Saturday, 3 November 2012

Ibadah korban dan AQ

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang masih memberi peluang untuk merasa nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah, para sahabat, tabi' tabiin.

Alhamdulillah jua kita telah melepasi Aidiladha. Umat Islam bulan ini sedang menyempurnakan ibadah haji iaitu rukun Islam yang kelima. tak kurang jua bagi melakukan ibadah korban. Semoga Allah menerima amalan dan redha atas apa yang kita lakukan.


InsyaAllah minggu ni diteruskan lagi dengan perkongsian dari kuliah jua. Kuliah minggu ni banyak membuat diri yang hina ini memuhasabh diri sendiri tentang apa yang terjadi dalam hidup. Begitu banyak dosa yang kita sendiri  tak sedar yang kita lakukan dan terus dimasukkan ke akaun dosa n catitan kejahatn. Allahurobbi~

Antara yang disebutkan ustaz pada kuliah tersebut mengenai hukum korban
1) Imam Syafie- sunat muakad
2)Imam Maliki- Wajib
3)Imam Hanafi- Musafir tidak wajib, bagi yang bermukim wajib

Antara persoalan yang ditimbulkan oleh ustz Naim adalh sah atau tidak bagi menjalankan ibadah korban bagi  manusia yang telah kembali ke pangkuan Ilahi
-Jawapannya: Tidak, melainkan itu ia adalh wasiat atau prmintaan dari si mati before dia meninggal

Maka ketika anak itu sampai(pada umur) sanggup berusaha bersamanya (Ibrahim) berkata , "Wahai anakku! Sesunnguhnya aku bermimipi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!" Dia(Ismail) menjawab,"Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan oleh (Allah) kepdamu; Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuo orang yang sabar."

Surah Assaffat: 102

Jika kita fahami dari segi ayat ini, kita ihat bagaimana seorang anak yang sanggup mengorbankan dirinya demi perintah Allah. Sedikit pun nabi Ismail AS tidak ragu terhadap perintah Allah hatta dirinya sekali yang dijadikan korban.

Dari konteks anak muda zaman sekarang, mampukah kita untuk mendidik generasi yang mampu untuk menjd hamba yang sanggup berkorabn apa jua demi Allah.

Dengan segala jenis bentuk hiburan, godaan yang datang dari setiap sudut dan aspek. Adakah kita mampu? Tanya sendiri pada diri. Tidak perlu untuk tuding pada orang lain persoaln ini. Segalanya bermula dari diri kita sendiri.

Perkara lain yang buatkan diri ini tersentak jua adalah tentang penghafalan AQ. Masih segar diminda ketika masih zaman kanak2 beberapa surah sentiasa bermain di bibir. Bila sudah meningkat dewasa, kealpaan membuatkan hafalan semakin tersekat. Ustaz pula secar tiba2 berkata bagi sesiapa yang menghafal AQ dan terlupa adalh haram baginya. Allah~ tersedak scara tetiba apabila mendengar ayat ni..:(

Ustaz cakap macam ni sebb ust kata akan sampai satu zamn yang bila kita nak rujuk AQ , ayatnya telah diangkat oleh Allah,hanya tinggal kertas kosong shj pada waktu itu dan apabila dirujuk pada para alim ulama' mereka jua lupa. Pada masa itu, siapakah yang akan rugi??Pastinya kita! Ayuh, ambil inisiatif untuk hafal AQ n jadikan ia panduan..

Semoga mendapat manfaat kepda semua pembaca, x sempat nak bincang habis lagi, kiat smbung laen kali plak ye.

Saturday, 20 October 2012

Kuliah Tafaquh: Aqidah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam kepada Rasulullah, keluarga baginda para sahabat dan tabi’ tabi’in.
Semoga semua sahabat berada dlam redha Ilahi. Alahmdulillah hari tu berkesempatan untuk mendengar kuliah daripada ustaz naim. Ini adalah antara beberapa point penting yang sempat dicatit. Semoga memberi manfaat kepada semua..:)

 - Semua perkara baik dan buruk datang dari Allah
- Perbuatan yang menyalahi Rasulullah adalah perkara yang bid’ah
- Memilih pemimpin adalah perbahasan tentang aqidah
- Ini dibuktikan dengan dalil dikala kewafatan baginda, urusan pengkebumian dilewatkan selama 2 hari ( Rasulullah wafat pada hari Isnin dan dikebumikan pada hari rabu)
- Manusia berdasarkan agama pemerintah. Contohnya kalau pemimpin minat k-pop akan mempengaruhi rakyat atau orang bawahannya untuk turut minat sama dengan k-pop
- Kita akan menghadapi fitnah yang paling besar ketika kita mati.
- Disaat kita mati, kita x akan mendengar ucapan syahadah yang diucapkan oleh orang lain di telinga kita - Akan datang syaitan menyerupai bentuk orang yang paling kita sayang dalam hidup. Sebagai contoh: ibu yang dah lama meninggal dunia. Dan ‘dia’ akan berkata bahawa agama yahudi dan nasrani adalah agama yang terbaik di dunia ini kerana dia sudah meninggal dunia dan mengetahui kebenaran. Dikala itu, jika kita ragu dengan agam Islam dan nyawa kita ditarik oleh malaikat maut, matilah kita dalam kekafiran dan kekejian. Nauzubillah minzalik
- 2 kelebihan duduk dalam majlis ilmu:
 • Menghapuskan dosa
 • Menjauhkan bala




- Sesungguhnya kamu kenali suatu ilmu dengan dalil, x cukup buat sesuatu tanpa dalil
 - Siapa kita untuk berkata bahawa Al Quran itu tidak relevan..

 Jom, ramai2 kita pergi ke kuliah tafaquh aqidah. Tak rugi belajar aqidah. Ia adalh pasak dalam diri kita. Semoga diberkati or dicukupkan masa kita untuk pergi ke majlis ilmu. Wallahua’lam..